Krisis Di Ukraine: PM Letak Jawatan

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KIEV: Perdana Menteri Ukraine, Mykola Azarov meletakkan jawatan pada Selasa pada saat negara itu berada di kemuncak pergolakan dalaman yang menyaksikan urusan pentadbiran negara menjadi lumpuh ekoran tunjuk perasaan di seluruh negara.

"Saya telah memohon jasa baik presiden agar menerima peletakan jawatan saya agar kerajaan dapat berunding dengan pihak pembangkang dan wujudnya kompromi untuk menyelesaikan konflik yang sudah berlarutan selama dua bulan ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Semalam pihak pemberontak telah menawan dan menghadang urusan keluar masuk ke Kementerian Undang-Undang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan