AS Rancang Jual 24 Helikopter Apache Kepada Iraq

Diterbitkan: Selasa, 28 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Pentagon, pada Isnin, memaklumkan Kongres mengenai rancangan menjual 24 helikopter serangan Apache kepada Iraq dalam perjanjian bernilai AS$4.8 bilion untuk membantu Baghdad bertempur dengan militan anti -kerajaan.

Perdana Menteri Iraq Nuri al -Maliki telah melobi Washington untuk senjata dan perisikan untuk berdepan pejuang Al -Qaeda di wilayah Anbar tetapi masih tidak jelas sama ada penggubal undang-undang AS akan meluluskan pakej yang dicadangkan.

Kongres mempunyai 15 hari untuk menimbulkan bantahan penjualan senjata yang dirancang, yang juga termasuk 480 peluru berpandu Hellfire dan radar bersekutu serta sistem navigasi, menurut Agensi Kerjasama Pertahanan Keselamatan (DSCA) yang menyelia penjualan senjata asing.

Pentagon secara berasingan memberitahu Kongres rancangan untuk memajak enam helikopter Apache bagi membolehkan juruterbang Iraq menjalankan latihan dengan pesawat itu dalam cadangan yang bernilai AS$1.37 bilion.

"Cadangan jualan menyokong kepentingan strategik Amerika Syarikat dengan menyediakan Iraq keupayaan kritikal untuk melindungi dirinya daripada ancaman pengganas dan konvensional, untuk meningkatkan perlindungan infrastruktur dan platform minyak utama serta untuk mengukuhkan kedaulatan Iraq," kata DSCA.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan