Tiga Maut Dalam Insiden Tembakan Di Pusat Beli-Belah Di Maryland

Diterbitkan: Ahad, 26 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

COLUMBIA: Tiga maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian tembak menembak di sebuah pusat beli-belah di Maryland, Ahad.

Ketua Polis Howard County, Bill McMahon, berkata penembak yang tidak dikenali idenditinya itu turut membawa bahan letupan yang banyak bersamanya.

“Kita masih berhati-hati kerana bimbang banyak lagi bahan letupan bersamanya," kata McMahon.

Orang ramai mula terdengar bunyi tembakan di pusat beli-belah Colombia itu pada waktu pagi.

Pusat membeli-belah itu menjadi tempat popular di kalangan keluarga hujung minggu kerana jaraknya hanya 45 minit dari Washington.

“Kami menerima panggilan 911 kurang dua minit. Kami menemui mangsa dan suspek yang sudah mati sebaik pegawai polis tiba di tempat kejadian," kata Jabatan Polis Howard County dalam akaun twitter.

Polis mengenal pasti mangsa sebagai Brianna Benlolo, 21, dari College Park, Maryland dan Tyler Johnson, 25, dari Ellicott City, Maryland.

Kedua-duanya adalah pekerja di kedai papan luncur, Zumiez di pusat beli-belah itu.

Identiti penembak yang juga terbunuh dalam kejadian itu masih tidak diketahui.

Polis juga masih tidak mengetahui motif kejadian.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan