Pos Kawalan, CCTV Di Danok Ditambah Pastikan Keselamatan Pelancong

Diterbitkan: Ahad, 26 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DANOK: Kerajaan Thailand mengambil langkah segera meningkatkan tahap kawalan keselamatan di Danok dan Sadao, dua kawasan berhampiran sempadan Malaysia di Bukit Kayu Hitam, susulan kejadian pengeboman bulan lalu.

Datuk Bandar Danok Kecha Benjakarn berkata jumlah pos kawalan dan kamera litar tertutup (CCTV) di setiap lorong kemasukan di kedua-dua daerah itu ditambah.

Beliau berkata pihak berkuasa Thailand juga mengadakan kawalan ketat dengan memantau setiap pergerakan kereta yang masuk ke negara ini selain menggunakan sistem pemeriksaan terperinci bagi memastikan keselamatan pelancong dijaga.

"Selepas kejadian, pihak kerajaan tempatan telah mengambil langkah memperbanyakkan jumlah pos kawalan dan CCTV di setiap lorong kemasukan yang ada di Danok sebagai langkah keselamatan memastikan kejadian yang berlaku bulan lalu tidak berulang.

"Dulu pelancong rasa tidak selamat untuk datang ke sini tetapi mereka tidak perlu khuatir lagi kerana boleh dikatakan hampir kesemua pintu masuk mempunyai pos kawalan masing-masing dan sehingga kini lebih 50 CCTV dipasang dan jumlahnya akan ditambah dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita menerusi jurubahasa pada sidang media di sini petang Sabtu.

Pada 22 Disember lalu, lima siri letupan bom berlaku di Padang Besar, Pekan Danok dan Sadao menyebabkan dua orang terbunuh manakala 25 lagi cedera.

Kecha berkata selepas kejadian pada 22 Disember lepas, bilangan pelancong yang datang ke Danok berkurangan kerana ramai masih tidak yakin dengan tahap keselamatannya tetapi selepas sebulan bilangan pelancong kembali bertambah dan ini menunjukkan bahawa Danok selamat untuk dikunjungi.

"Selepas kejadian letupan bom, bilangan pelancong yang datang berkurangan kepada 30 peratus tetapi selepas sebulan, bilangan pelancong meningkat semula.

"Dalam menarik semula pelancong, pelbagai aktiviti diatur oleh pihak kerajaan tempatan seperti aktiviti perjumpaan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi yang diadakan hari ini (semalam). Jumlah penunggang sebanyak 500 orang ini menunjukkan bahawa mereka berasa selamat untuk datang menyertai aktiviti yang diadakan di sini," katanya.

Kecha berkata aktiviti itu adalah bagi mempromosi semula Danok kepada pelancong luar sekaligus memberi peluang kepada mereka melihat sendiri keadaan Danok yang selamat untuk dikunjungi.

"Aktiviti hari ini melibatkan enam negara luar iaitu China, Taiwan, Jepun, Korea, Indonesia dan Malaysia dan disertai hampir 200 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Malaysia.

"Selain itu, sebuah taman tema juga telah dibuka sehingga Mac ini bagi menarik semula minat pengunjung untuk datang ke sini. Mereka boleh datang menikmati keindahan lampu yang berwarna-warni pada waktu malam," katanya.

Katanya dalam masa terdekat ini, di Danok akan diadakan sambutan Tahun Baru Cina dan sambutan Songkran selain aktiviti tahunan yang melibatkan kelab motosikal berkuasa tinggi Jun nanti. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan