Pengundian Awal Pilihan Raya Thai Pada Ahad Dijangka Dapat Tentangan

Diterbitkan: Ahad, 26 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PATTANI: Pengundian awal yang dijadualkan pada Ahad bagi pilihan raya umum Thailand mungkin akan menghadapi tentangan daripada pihak yang mahukan ia ditunda, terutamanya di bahagian selatan.

Pengerusi Pesuruhanjaya Pilihanraya Pattani, Nipon Narapitakkul berkata, beliau bimbang akan kemungkinan besar pengundian awal esok tidak boleh dijalankan.

Kedua-dua pusat pengundian di Pattani masih ditutup dengan pintu masuk kedua-duanya terdapat notis daripada penunjuk perasaan antikerajaan melarang mana-mana pegawai membuka kunci dan jika dibuka juga, pihak tersebut akan bertindak ganas.

Di Wilayah Pattani, terdapat dua pusat pengundian awal, iaitu di Dewan Pentadbiran Wilayah Pattani dan Sekolah Decha Pattanayanukul Pattani.

Lebih 30,000 pengundi telah mendaftar untuk mengundi esok di Pattani dan kira-kira 90 peratus terdiri daripada anggota tentera dari luar Pattani tetapi bertugas di sana.

Beliau berkata, walaupun pihak Suruhanjaya Pilihanraya di Pattani telah bersedia mengadakan pengundian pada Ahad, kedua-dua tempat pilihan raya itu tidak boleh diguna untuk mengundi berikutan tentangan kumpulan yang dikenali sebagai "Reform Before Election" yang mahukan reformasi sebelum pilihan raya.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pilihanraya Thailand di Bangkok sudah menghantar surat memberi peringatan bahawa sekiranya ada pihak yang menghalang pada Ahad, maka pengundian akan dibatalkan bagi mengelak perbalahan.

Walaupun Mahkamah Perlembagaan semalam telah memutuskan bahawa pilihan raya pada 2 Februari ini boleh ditunda serta Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Thailand, Supachai Somcharoen secara bersama menetapkan tarikh baharu, tetapi nasib pengundian awal pada Ahad tidak disebut.

Sementara itu, Suthep Thaugsuban Ketua People's Democratic Reform Committee, iaitu kumpulan utama yang mahukan pilihan raya ditunda dan mendesak Yingluck meletak jawatan, berkata kumpulan itu tidak akan mengganggu pengundian awal pada Ahad.

Walaupun begitu, penyokong mereka akan berada di pusat-pusat pengundian untuk mengadakan tunjuk perasaan menentang pilihan raya berkennaan.

Setiausaha Agung Perdana Menteri, Suranand Vejjajiva berkata, perkembangan mengundi pada Ahad akan diteruskan mengikut jadual kerana tarikh pilihan raya pada 2 Februari telah ditetapkan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan