Keganasan Di Pattani Dan Yala: Empat Mati, Enam Cedera

Diterbitkan: Ahad, 26 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Empat orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian keganasan di Pattani dan Yala, Jumaat.

Di Pattani, tiga maut dan dua cedera dalam dua kejadian, menurut polis.

Dalam kejadian pertama pada 7 pagi di Kampung Saiya Praya, Daerah Panarek, dua orang maut terkena tembakan manakala dua orang cedera.

Ketua Polis Daerah Panarek Pol. Col. Manit Yimsai berkata kejadian berlaku ketika dua orang renjer bersama seorang sami Buddha keluar untuk mendapatkan makanan daripada penganut-penganut Buddha.

Setibanya di tempat kejadian, enam lelaki bersenjatakan M16 dan menunggang tiga buah motosikal melepaskan tembakan ke arah kenderaan mangsa.

Seorang anggota renjer maut di tempat kejadian, sami Buddha mati di hospital manakala seorang lagi anggota renjer cedera.

Turut cedera adalah seorang awam yang kebetulan lalu di jalan itu dan terkena peluru sesat.

Dalam satu lagi kejadian pada 7.20 pagi di daerah Khok Po, seorang awam mati akibat terkena tembakan di kepala ketika sedang menunggang motosikal dari rumah ke pasar.

Di Wilayah Yala pula, seorang anggota polis maut manakala empat lagi cedera parah dalam serangan bom dan seterusnya pertempuran dengan puak pemisah dalam satu kejadian pada 11 pagi.

Ketua polis Daerah Thanto Pol. Col. Charas Shinnapon berkata pasukan polis tersebut dalam perjalanan pulang selepas memeriksa tempat kejadian letupan bom yang berlaku pada 8.47 pagi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan