Mahkamah Perlembagaan Putuskan PRU Thailand Boleh Ditunda

Diterbitkan: Sabtu, 25 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand pada Jumaat memutuskan bahawa pilihan raya umum yang dijadual berlangsung pada 2 Februari ini, boleh ditunda.

Menurut satu kenyataan, mahkamah berkenaan turut memberi tanggungjawab kepada Perdana Menteri kerajaan sementara Yingluck Shinawatra dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Supachai Somcharoen untuk menetapkan tarikh baharu pilihan raya.

Proses pilihan raya sepatutnya bermula Ahad ini dengan pengundian awal.

Perkembangan terbaru ini dianggap sebagai satu tamparan kepada Yingluck kerana beliau berkeras mahu pilihan raya itu berlangsung seperti yang dijadual meskipun berdepan tunjuk perasaan yang diketuai pemimpin Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC) Suthep Thaugsuban.

Tunjuk perasaan di bahagian selatan, yang memperlihat sokongan kuat kepada PDRC, menyaksikan beberapa calon gagal mendaftar di 28 kawasan dan kakitangan SPR takut untuk bertugas di lokasi tertentu.

Bagaimanapun, perkembangan terbaru ini dijangka tidak menghentikan tunjuk perasaan di ibu negara yang berlangsung selama beberapa bulan, bermula dengan protes terhadap satu rang undang-undang pengampunan, yang kemudian dibatalkan, diikuti desakan untuk pembaharuan, menangguhkan pilihan raya dan yang terkini, peletakan jawatan Yingluck.

Terdahulu, jurucakap PDRC Akkanat Prompan berkata kumpulan itu tidak bercadang untuk berarak bagi mengganggu pengundian awal Ahad ini, namun berkata rakyat berhak menentang pilihan raya berkenaan.

Beliau berkata Suthep akan mengetuai satu perarakan, yang bermula pada 10 pagi esok, untuk "menjemput" rakyat menyertai tunjuk perasaan mereka bagi mendesak Yingluck meletak jawatan sebagai Perdana Menteri kerajaan sementara.

Perarakan itu dijangka bermula dari persimpangan Ratchaprasong.

Akkanat juga berkata perintah darurat yang diisytihar di Bangkok dan wilayah berhampiran tidak memberi kesan ke atas perhimpunan PDRC.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan