Mahkamah Perlembagaan Thai Tentukan Nasib Pilihan Raya Umum

Diterbitkan: Khamis, 23 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand bersetuju untuk menimbangkan petisyen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan pilihan raya umum yang dijadual diadakan pada 2 Februari.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mesyuarat khas selama dua jam tengah hari ini.

Petisyen SPR itu memohon perintah daripada mahkamah sama ada pilihan raya umum itu boleh dijadual semula, dan jika boleh, sama ada kerajaan atau SPR yang mempunyai kuasa untuk menetapkan tarikh baharu.

Mahkamah akan mula menimbangkan petisyen itu esok.

Proses pilihan raya akan bermula dengan pengundian awal Ahad ini (26 Januari).

Parti Pheu Thai pimpinan Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra dijangka memenangi pilihan raya itu, yang ditentang Suthep Thuagsuban dan kumpulannya, Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC).

Suthep masih belum mengumumkan rancangan kumpulan itu berhubung pengundian awal namun pemerhati menjangkakan kemungkinan berlaku gangguan.

Di selatan, yang menyaksikan PDRC mendapat sokongan padu, SPR mendedahkan petugasnya tidak berani pergi ke kawasan tertentu disebabkan bantahan keras terhadap pilihan raya itu.

PDRC mahu pembaharuan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum pilihan raya diadakan dan menentang pengaruh berterusan abang Yingluck, bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, terhadap kerajaan, dan mendakwanya melakukan rasuah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan