S'pura Akan Perkenal Rang Undang-Undang Baharu Pelihara Keamanan Little India

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kejadia rusuhan warga asing di Little India, Singapura pada 8 Disember lalu, akan membawa kepada pengenalan rang undang-undang baharu bagi kawasan tersebut selepas ini.
Kejadia rusuhan warga asing di Little India, Singapura pada 8 Disember lalu, akan membawa kepada pengenalan rang undang-undang baharu bagi kawasan tersebut selepas ini.

SINGAPURA: Kerajaan Singapura akan memperkenalkan rang undang-undang bagi menguatkuasakan undang-undang sementara untuk memberi kuasa kepada Polis untuk terus mengambil langkah terancang bagi memelihara keamanan dan ketenteraman awam di Little India selepas rusuhan.

Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata undang-undang baharu itu akan membolehkan Polis dan agensi lain menguatkuasakan sekatan alkohol dan mengawal selia pergerakan orang.

Berucap di Parlimen hari ini Teo yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional dan Menteri Dalam Negeri berkata: "Rang undang-undang itu mengsyorkan undang-undang baru itu sah untuk setahun."

"Ini akan memberi masa yang cukup bagi Kementerian saya menguatkuasakan perundangan jangka panjang untuk mengambil kira hasil siasatan dan perakuan Jawatankuasa Siasatan (COI), dan perakuan yang terhasil daripada perbincangan awam mengenai semakan peratuaran pelesenan minuman keras.

Rusuhan berlaku di Little India pada 8 Dis, 2013, berikutan kemalangan jalan raya melibatkan seorang warga India maut. Dua puluh kenderaan rosak, lima daripadanya musnah dibakar.

Tujuh lagi kenderaan persendirian musnah, sementara 49 pegawai keselamatan cedera. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan