Pengerusi Pertubuhan Ibu di Jepun Ditahan Kerana Pukul Isteri

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Pengerusi Pertubuhan Ibu di Jepun yang giat mempromosikan program keibuan ditahan selepas didakwa memukul isterinya sehingga terpaksa dimasukkan ke wad, menurut polis pada Selasa.

Pegawai Kanan Polis, Matsuyama berkata, Shinji Morimatsu, 49, didakwa memukul isterinya yang berusia 51 tahun di kepala dan muka termasuk menendang di dada dan sekitar badan.

Pertubuhan Ibu tersebut sering mengajurkan seminar mendidik kanak-kanak kepada kaum ibu selain memberi anugerah ibu terbaik kepada aktres terkenal yang disampaikan oleh Morimatsu.

Jurucakap polis berkata, isteri Morimatsu terpaksa mengambil masa sehingga sebulan untuk sembuh daripada kecederaan yang dialami akibat dipukul suaminya.

"Isterinya telah melaporkan kejadian itu selepas mendapatkan rawatan di hospital pada hari tersebut dan kami juga memujuknya untuk melakukan aduan rasmi terhadap suspek.

"Isteri Morimatsu minta diberikan masa untuk berfikir dan kemudiannya dia membuat aduan rasmi untuk memudahkan polis melakukan siasatan. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan