Mursi Berhadapan Pertuduhan Terbaharu

Diterbitkan: Rabu, 22 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi bersama 35 yang lain akan dibicarakan pada 16 Februari depan atas kesalahan mengadakan kerjasama dengan pergerakan Hamas untuk mengintip.

Ia merupakan pertuduhan terbaharu yang dikenakan keatasnya selepas sebelum ini didapati bersalah kerana menghina badan kehakiman negara.

Menurut sumber, Mursi termasuk beberapa orang bekas pemimpin pergerakan Ikhwanul Muslimin dituduh melakukan kerjasama dengan Hamas dan pergerakan Islam melancarkan kempen `keganasan’ di dalam Mesir.

Agensi berita MENA melaporkan, mereka dituduh melakukan pengintipan bersama pergerakan Hamas dan sayap tentera untuk menentang kerajaan, Perlembagaan dan cuba menghasut para pekerja bagi menimbulkan huru-hara.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan