Negara Terkecil Di Dunia Pecat Magistret - Berita Dunia | mStar

Negara Terkecil Di Dunia Pecat Magistret

Diterbitkan: Isnin, 20 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WELLINGTON: Republik terkecil di dunia dengan keluasan 21 kilometer persegi dan hanya 10,000 warganegara iaitu Kepulauan Nauru yang terletak di Lautan Pasifik telah memecat satu-satunya magistret negara itu - seorang warga Australia - dan menghantarnya pulang ke negara asalnya dengan serta merta.

Dalam perkembangan yang berkaitan, kerajaan negara itu juga turut membatalkan visa ketua hakim negara tersebut - juga seorang warga Australia ketika dia sedang bercuti di negara asalnya - menyebabkannya tidak dapat kembali bertugas.

Magistret Peter Law, tidak diberikan sebarang isyarat atau indikasi mengenai pemecatannya itu.

Ketua Hakim Nauru, Geoffrey Eames yang visanya pula dibatalkan, menyifatkan tindakan tersebut ada kaitan dengan kepentingan politik.

Eames sebelum ini telah mengeluarkan satu injunksi ke atas Presiden Nauru, Baron Waqa dalam usahanya untuk menghalang pemecatan Law tetapi kemudiannya mendapati yang visanya telah dibatalkan sebaik sahaja dia tiba di lapangan terbang untuk kembali ke kepulauan itu.

Seorang kakitangan di Jabatan Penerangan Nauru ketika dihubungi oleh agensi berita AFP diberitahu yang kontrak Law telah ditamatkan berkuatkuasa serta merta tanpa menyatakan apakah alasan di atas pemecatan tersebut.

Mahkamah Magistret Nuaru telah dijadualkan untuk mendengar kes 40 orang pemohon suaka politik yang didapati melancarkan rusuhan ketika ditahan di pusat tahanan penyeludupan dan pemerdagangan manusia minggu ini.

Adalah tidak pasti sama ada pemecatan magistret tersebut mempunyai kaitan dengan kes perbicaraan 40 pemohon suaka politik itu.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan