Kematian Isteri Menteri India Cetus Pelbagai Spekulasi

Diterbitkan: Ahad, 19 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Media India terus membuat pelbagai spekulasi tentang punca kematian isteri seorang menteri India pada Jumaat, kebanyakannya membayangkan kemungkinan akibat penggunaan dadah dalam dos berlebihan dan bunuh diri.

Sepasukan tiga doktor, yang melakukan badah siasat terhadap mayat Sunanda Pushkar pada Sabtu, mengisytiharkan dalam laporan awal mereka bahawa wanita itu 'mati mengejut dan secara di luar tabii', serta menolak kemungkinan keracunan atau kecederaan sebagai puncanya.

Laporan lengkap mengenainya dijangka siap beberapa hari lagi, lapor The Times of India.

Sunanda, 52, isteri Menteri Pembangunan Sumber Manusia Shashi Tharoor, ditemui mati kira-kira 8.30 malam (waktu India) di sebuah bilik hotel di New Delhi dua hari lepas. Bedah siasat terhadap mayatnya dibuat di All India Institutes of Medical Sciences (AIIMS).

Hasil bedah siasat membayangkan kematian Sunanda adalah akibat pengambilan dadah dalam dos berlebihan, yang besar kemungkinan turut melibatkan penggunaan beberapa sedatif berbahaya serta ubat lain dan alkohol, lapor akhbar harian berbahasa Inggeris itu.

Bagaimanapun, tambah akhbar itu, setakat ini, belum diketahui sama ada pengambilan dadah dalam dos berlebihan itu adalah disengajakan atau dengan niat untuk membunuh diri.

Apa yang boleh dikatakan setakat ini ialah Sunanda amat tertekan dengan perbuatan suaminya menjalin hubungan dengan wartawan Pakistan bernama Mehr Tarar, dan beliau mendesak Tharoor supaya tidak lagi berhubung dengan wanita itu.

Sama ada desakannya itu dipenuhi atau sebaliknya tidak dapat dipastikan kerana Tharoor dan Tarar dikesan masih berhubung melalui Twitter dua hari sebelum kematian Sunanda, lapor akhbar itu.

Laporan Press Trust of India pula membayangkan kemungkinann Sunanda meninggal dunia kerana mengambil dadah dalam dos berlebihan.

Akhbar 'The Hindu', dalam laporan bertajuk 'Mystery behind death deepens', memetik sumber polis yang tidak dikenali sebagai berkata sebelum meninggal dunia, Sunanda mengambil beberapa jenis ubat.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan