Empat Terbunuh, Pesawat Terhempas Selepas Disambar Petir

Diterbitkan: Ahad, 19 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Sebuah pesawat ringan terhempas ke pantai di timur Indonesia pada Ahad selepas disambar petir, mengakibatkan kesemua orang di dalam pesawat itu terbunuh.

Pesawat turboprop The Piper Seneca dalam penerbangan dari wilayah Papua ke bandar Tual di Pulau Maluku apabila ia dilanda ribut pada waktu tengah hari.

Saksi, Akib Hanubun, 47, memberitahu AFP bahawa pesawat dilanda ribut kencang dan hujan lebat sebelum disambar petir dan terhempas dekat sebuah kampung.

"Sayap kiri pesawat itu patah selepas ia disambar kilat.

"Pesawat itu kemudiannya terbang condong sebelum terhempas ke darat dan meletup," kataya.

Beliau menambah, sekumpulan penyelamat mengeluarkan empat mayat yang hangus terbakar dari bangkai pesawat.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Bambang Ervan mengesahkan kesemua orang di dalam pesawat itu terbunuh.

"Mereka yang terbunuh adalah seorang juruterbang, dua jurutera dan seorang perancang penerbangan," katanya. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan