Polis India Buru Lagi Suspek Kes Rogol Berkumpulan Pelancong Denmark

Diterbitkan: Jumaat, 17 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Polis India mengadakan sekatan di seluruh New Delhi pada Khamis bagi memburu enam lagi lelaki yang dikehendaki berhubung kes rogol berkumpulan terhadap seorang pelancong warga Denmark.

Polis mengumumkan penahanan dua lelaki gelandangan pada lewat Rabu yang disyaki terlibat dalam kejadian serangan dan rompakan terhadap mangsa yang berusia 51 tahun pada Selasa.

Pelancong itu, yang mengembara bersendirian dan berada di New Delhi selepas berkunjung ke Taj Mahal sesat sewaktu pulang ke hotel di kawasan utama bagi golongan 'backpacker' dan dikatakan menegur kumpulan lelaki tersebut bagi mendapatkan petunjuk jalan.

"Kita telah pun menahan dua daripada lapan suspek dalam kes ini dan masih mengadakan sekatan di beberapa lokasi berbeza bagi menangkap mereka," kata Pesuruhjaya Polis Tambahan Delhi, Alok Kumar kepada AFP.

Pegawai kanan polis itu berkata, kesemua yang didakwa merupakan lelaki muda dan kebanyakannya adalah golongan gelandangan.

Mereka menyerang mangsa selama hampir tiga jam.

Lebih 15 lelaki gelandangan dibawa untuk soal siasat pada Rabu di sekitar lokasi kejadian, yang merupakan taman berdekatan dengan stesen keretapi New Delhi.

"Penahanan dua lelaki sebelum ini telah mendedahkan identiti mereka yang lain terlibat dan kita sedang memburu mereka," tambah Kumar.

Bulan lepas, India memperingati kematian seorang pelajar yang menjadi mangsa rogol berkumpulan di dalam sebuah bas yang sedang bergerak di ibu negara itu pada tahun lepas. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan