Dua Nelayan Jepun Maut Selepas Bot Dirempuh Kapal

Diterbitkan: Jumaat, 17 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Dua nelayan terbunuh selepas sebuah bot nelayan dirempuh kapal kargo di parairan negara itu pada Jumaat.

Pegawai Pengawal Pantai Tempatan berkata bot nelayan itu didapati berlanggar dengan kapal kargo Panama seberat 499 tan sehingga menyebabkan tiga orang nelayan tercampak ke dalam laut.

“Mangsa kemudian dibawa ke hospital dan dua daripadanya mereka meninggal dunia.

“Seorang lagi mangsa lagi masih tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal,” katanya.

Kejadian sama pernah berlaku apabila bot nelayan dan sebuah kapal pengangkutan di perairan antara dua pulau utama di Jepun bertembung dan menyebabkan kematian. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan