Banjir Kilat Di Manado Surut, 13 Maut, 40,000 Dipindahkan

Diterbitkan: Khamis, 16 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Banjir kilat di Manado, Sulawesi Utara pada Rabu mulai surut pada Khamis selepas menghanyutkan puluhan rumah dan kenderaan serta mengorbankan 13 orang dan menyebabkan 40,000 orang lagi dipindahkan ke tempat selamat.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menyatakan banjir kilat dan tanah runtuh itu, yang berlaku akibat faktor alam dan antropogenik, telah menjejaskan enam daerah di Sulawesi Utara iaitu Kota Manado, Minahasa Utara, Kota Tomohon, Minahasa, Minahasa Selatan dan Kepulauan Sangihe.

Lima orang maut di Kota Manado, lima lagi di Kota Tomohon dan tiga orang di Minahasa manakala mangsa seorang lagi dilaporkan hilang selepas dihanyutkan air deras di Kota Manado.

"Hujan lebat akibat sistem tekanan rendah di perairan selatan Filipina menyebabkan berlakunya pembentukan awan intensif. Selain itu, adanya tumpuan kesan daripada tekanan rendah di utara Australia sehingga awan-awan besar memasuki wilayah Sulawesi Utara," kata Ketua Pusat Data Maklumat dan Perhubungan Awam BNPB, Sutopo Purwo Nugroho dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, empat sungai besar di Kota Manado melimpah dan menghanyutkan puluhan rumah dan kenderaan.

"Bencana kali ini lebih besar daripada yang terjadi pada 2000 yang menyebabkan 22 terbunuh dan pada Februari 2013 yang menyebabkan 17 terbunuh," katanya.

Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Sulawesi Utara menyelaraskan operasi bersama-sama tentera, polis dan agensi kerajaan selain badan sukarela untuk memindahkan mangsa banjir itu.

Bantuan kecemasan dan lojistik seperti dapur umum, perahu, khemah, tilam, selimut dan makanan juga telah dihantar kepada mangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan