AirAsia India Tertakluk Kepada Notis Baharu Bantahan Awam

Diterbitkan: Khamis, 16 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Kerajaan India meminta orang ramai supaya membuat bantahan baharu, jika ada, terhadap kelulusan lesen kepada syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia India, untuk memulakan operasi komersil di negara ini, kata laporan akhbar.

Ini boleh dilakukan walaupun Lembaga Penggalakan Pelaburan Asing (FIPB) sudah meluluskannya selain memperoleh sijil tiada bantahan daripada Kementerian Penerbangan Awam (NOC).

Notis awam terkini itu dikeluarkan oleh Direktorat Awam Penerbangan (DGCA) pada Isnin, lapor akhbar India Express pada Rabu.

Notis itu dibuat selepas AirAsia melalui tempoh bantahan dua bulan tahun lepas, dengan pihak awam dan yang berkepentingan diberikan masa untuk memfailkan bantahan, jika ada.

AirAsia India ialah syarikat penerbangan pertama yang akan dilancarkan sejak Kerajaan India, pada September 2012, membenarkan 49 peratus Pelaburan Langsung Asing (FDI) dalam sektor penerbangan awam oleh syarikat penerbangan asing.

Ia merupakan usaha sama 49:30:21 antara AirAsia Malaysia - syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia - Tata Sons dan Telestra Tradeplace.

Usaha itu diumumkan Februari lepas dan diluluskan oleh FIPB dan Kementerian Penerbangan Awam.

Namun notis terkini DGCA itu menawarkan tempoh 30 hari kepada orang ramai dan mereka yang mungkin terjejas oleh pemberian permit ini untuk menyuarakan bantahan masing-masing, jika ada.

Notis itu mengubah tempoh yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan terbabit untuk memulakan penerbangan pada akhir Februari, kata laporan itu.

Seorang pegawai Kementerian Penerbangan Awam berkata notis itu tidak boleh dielakkan 'memandangkan kerajaan dipantau rapat semua pihak', dan (notis) dikeluarkan berdasarkan peraturan sedia ada.

"Kami perlu melakukannya, mematuhi peraturan supaya tidak membuka ruang untuk dikritik," kata pegawai itu.

Menteri Penerbangan Awam Ajit Singh tidak dapat dihubungi untuk mengulas. Menjawab e-mel daripada India Express, seorang jurucakap AirAsia berkata: "Kami tidak dapat memberi komen pada masa ini".

Kalangan industri penerbangan, termasuk seorang pesara kanan DGCA berkata ini adalah kali pertama notis awam dikeluarkan oleh kerajaan.

Sejak awal 1990-an, kerajaan mengeluarkan lesen kepada lebih satu dozen syarikat penerbangan, namun tidak pernah mengeluarkan notis itu, kata mereka.

Seorang pemimpin parti politik, Subramanian Swamy, memfailkan bantahan terhadap kemasukan AirAsia ke India tahun lepas.

Dalam kesnya yang belum selesai di Mahkamah Tinggi Delhi, beliau mendakwa peraturan pelaburan asing tidak membenarkan syarikat penerbangan baharu terbang dalam sektor domestik.

Kementerian Penerbangan Awam pada satu peringkat turut menentang cadangan AirAsia, dengan mendakwa peraturan pelaburan asing tidak membenarkan syarikat penerbangan baharu ditubuhkan, namun bantahan itu ditolak.

Penganalisis berkata mereka terkejut dengan tindakan DGCA itu memandangkan tempoh untuk mendapatkan pandangan umum sudah pun berakhir.

"Notis awam itu sepatutnya dibuat sebelum NOC dan bukan pada peringkat sekarang," kata Kapil Kaul, ketua pegawai eksekutif Pusat Penerbangan Asia Pasifik, kumpulan pemikir penerangan.

"Kini semuanya di peringkat yang membabitkan isu-isu teknikal dan perlu diputuskan oleh kementerian dan DGCA, dan bukan lagi membabitkan orang awam," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan