Perhimpunan 'Tutup Bangkok' Disertai Hampir Sejuta Orang

Diterbitkan: Rabu, 15 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Dianggarkan antara beberapa ratus ribu hingga sejuta orang menyertai kempen 'Tutup Bangkok' di tujuh tapak perhimpunan di tengah Bangkok hari ini yang menghalang lalu lintas di beberapa jalan utama.

Perhimpunan itu bertujuan mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra dan penangguhan pilihan raya umum pada 2 Feb, yang dijangka berlarutan antara beberapa hari hingga beberapa minggu.

Kesan langsung adalah jalan menghala ke tengah Bangkok, yang lazimnya sibuk dan seringkali sesak, hampir lengang atau tiada lalu lintas sama sekali memandangkan penduduk sama ada memilih untuk menjauhkan diri atau menggunakan pengangkutan altertif misalnya perkhidmatan tren.

Perkhidmatan tren penuh dengan penumpang dan beroperasi pada kapasiti maksimum pada siang hari memandangkan peserta perhimpunan memilih tren sebagai kaedah pengangkutan utama mereka.

Banyak kompleks beli-belah yang dibuka meskipun terletak dalam lingkungan tapak perhimpunan namun ada juga kedai yang ditutup.

Antara yang masih dibuka ialah MBK, sebuah pusat beli-belah terkenal yang menjadi tarikan banyak pelancong, bagaimanapun ada antara kedai di dalam bangunan itu yang ditutup.

Suthep Thaugsuban, pemimpin Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC), mengetuai perarakan itu sejak 9 pagi dari pentas Monumen Demokrasi di Ratchadumnoen Avenue, menghala ke persimpangan Pratumwan yang menjadi pentas utama baharu kumpulan berkenaan bagi kempen mereka.

"Saya bangga dapat menyertai tunjuk perasaan ini. Saya faham ia akan menjejaskan kehidupan penduduk tetapi saya tidak boleh duduk di rumah saja. Saya mahu pembaharuan kepada negara ini terlebih dahulu, barulah kita boleh mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil," kata Morny.

Wanita berusia 31 tahun itu memohon cuti daripada majikannya hari ini untuk menyertai tunjuk perasaan di persimpangan Pratumwan di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan