Pembantu Rumah Berusia 11 Tahun Di India Dilumur Dan Dipaksa Makan Cili

Diterbitkan: Rabu, 15 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUMBAI: Polis India menahan seorang peniaga kerana didakwa mendera pembantu rumah berusia 11 tahun dengan memaksanya makan cili yang juga disapu di badannya, kata seorang pegawai, Isnin, dalam kes penyalahgunaan pembantu rumah terbaru.

Sarjil Ansari penjual lampin berusia 38 tahun ditangkap pada hujung minggu dan isterinya Farhat telah disoal siasat, kata seorang pegawai polis yang menyiasat kejadian di daerah Thane, kejiranan Mumbai.

Pasangan itu membeli gadis itu di negeri utara Uttar Pradesh dengan bayaran 15,000 rupee (AS$240) daripada ibu bapanya kira-kira setahun lalu atas alasan bahawa dia akan dijaga dengan baik dan diberi pendidikan yang lebih baik, kata pegawai tersebut yang enggan disiarkan namanya.

"Mereka kerap menyiksa dan memukul gadis itu. Gadis itu mengadu bahawa dia dipaksa makan cili yang juga disapu di badannya," katanya.

Ini berlaku apabila dia membuang air kecil kerana terlalu takut dan tertekan.

"Selalunya keluarga itu akan menguatkan muzik di rumah mereka untuk mengelakkan tangiasan gadis meminta pertolongan didengar."

Media tempatan melaporkan bahawa pasangan itu menyapu cili pada kemaluan gadis itu sebagai hukuman, tetapi pegawai itu berkata beliau tidak mengetahui dakwaan itu.

Beliau berkata polis dimaklumkan perkara itu apabila jiran memberitahu mereka mengenai kemungkinan layanan buruk terhadap gadis itu, yang ditugaskan membersihkan dan menjaga bayi pasangan itu, walaupun umurnya masih muda.

Gadis itu kini dalam jagaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan tempatan dan kes akan didaftarkan terhadap pasangan sebaik sahaja siasatan selesai, pegawai tersebut.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan