Import Minyak Sayuran India Pada Disember 2013 Meningkat 18 Peratus

Diterbitkan: Isnin, 13 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Import minyak sayuran India, sama ada boleh dimakan atau tidak boleh dimakan pada Disember 2013, melonjak 18 peratus kepada 1,067,709 tan metrik berbanding 908,587 tan metrik pada bulan yang sama 2012.

Daripada jumlah import pada Disember 2013, minyak boleh dimakan berjumlah 1,052,550 tan metrik dan manakala minyak tidak boleh dimakan 15,159 tan metrik, kata Persatuan Pengekstrak Pelarut dalam satu kenyataan Isnin.

Import keseluruhan minyak sayuran pada November dan Disember 2013 dilaporkan pada 2,012,018 tan metrik dan 1,608,958 tan metrik. Berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, ia meningkat 25 peratus.

Dalam tempoh dua bulan terakhir tahun lalu, import minyak bunga matahari melonjak berikutan ia lebih murah berbanding minyak kacang soya.

Simpanan minyak yang boleh dimakan pada 1 Jan 2014 di beberapa pelabuhan dianggarkan 745,000 tan metrik - Minyak Sawit Mentah (MSM) 450,000 tan metrik, Olein Sawit Bertapis, Diluntur dan Dinyahbau (RBD) 150,000 tan metrik, Minyak Kacang Soya Dinyahgam 25,000 tan metrik, Minyak Bunga Matahari Mentah 100,000 tan metrik dan Minyak Biji Sesawi Canola 20,000 tan metrik - dan kira-kira 850,000 tan metrik dalam proses penghantaran.

Jumlah simpanan, sama ada di pelabuhan atau dalam proses penghantaran meningkat 125,000 metrik kepada 1,595,000 tan metrik. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan