Lapan Terbunuh Bom Kereta Sasar Rekrut Tentera Di Baghdad

Diterbitkan: Ahad, 12 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGHDAD: Pengeboman kereta di Baghdad pada Ahad yang menyasarkan rekrut tentera membunuh sekurang-kurangnya lapan orang manakala lagi enam mati dalam letupan lain di ibu negara Iraq, kata pegawai keselamatan dan perubatan.

Rekrut tentera sedang berkumpul di sebuah stesen teksi dan bas di kawasan Allawi di Baghdad di mana letupan berlaku yang juga menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang cedera.

Serangan itu berlaku selepas pengeboman berani mati yang mensasarkan rekrut tentera di ibu negara pada Khamis yang mengorbankan 23 orang.

Kumpulan militan menentang kerajaan Iraq dengan kerap meletakkan pasukan keselamatan sebagai sasaran dengan pengeboman dan tembakan.

Di kawasan Kadhimiyah di Baghdad, satu lagi bom kereta diletupkan di dataran utama pada Ahad, membunuh lima orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 14 yang lain.

Bom tepi jalan di kawasan Mansur pula membunuh seorang orang dan mencederakan sekurang-kurangnya dua orang.

Lebih daripada 420 orang telah terbunuh dalam pertempuran dan serangan setakat bulan ini, menurut perangkaan AFP berdasarkan sumber keselamatan dan perubatan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan