Gunung Sinabung Terus Meletus, 25,516 Penduduk Dipindahkan

Diterbitkan: Ahad, 12 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Gunung Sinabung di daerah Tanah Karo, Sumatera Utara terus meletus, menyebabkan 25,516 penduduk di sekitar kawasan gunung berapi itu dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan pada petang Sabtu.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menyatakan pihak berkuasa masih menetapkan status amaran Awas (peringkat empat) yang menasihatkan penduduk supaya mengosongkan kawasan dalam radius 5km hingga 7km di bahagian tenggara dan selatan gunung berapi itu.

Pada Sabtu, gunung itu meletus beberapa kali dengan menyemburkan abu volkanik setinggi antara 1km dan 5km berserta awan panas ke arah tenggara, selatan serta timur, kata Ketua Pusat Data Maklumat dan Perhubungan Awam BNPB, Sutopo Purwo Nugroho dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata beberapa rumah di Desa Kutarakyat dan Namanteran rosak setelah terkena hujan pasir dan abu volkanik manakala beberapa desa di daerah kecil Namanteran terputus hubungan kerana jalan akses sukar dilalui.

Debu volkanik setebal 5 hingga 10 sm menjadi lumpur apabila terkena hujan manakala ribuan hektar tanah pertanian dan perkebunan di Karo musnah selain beberapa kawasan lain termasuk kota Medan turut terkena hujan abu volkanik.

Sutopo berkata tiada kematian dilaporkan daripada letusan Gunung Sinabung dan para penduduk juga diminta tidak melakukan sebarang aktiviti di sungai yang hulunya di Gunung Sinabung.

Setakat ini, pihak berkuasa belum memastikan tempoh para penduduk ditempatkan di pusat-pusat pemindahan.

Aktiviti letusan Gunung Sinabung jelas dilihat berdasarkan data Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) yang mencatat gunung berapi itu meletus sebanyak 254 kali dari 4 Januari hingga 10 Januari lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan