Tiga Pelancong Maut Disambar Petir Di Pantai Argentina

Diterbitkan: Sabtu, 11 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUENOS AIRES: Tiga pelancong maut disambar petir dan 22 lagi cedera selepas ribut melanda di bandar tepi pantai di Argentina, kata pegawai tempatan pada Khamis.

Kebanyakan pengunjung yang berada di pantai di Villa Gesell, di wilayah Buenos Aires telah pun beredar dari kawasan itu ketika dilanda ribut.

Mereka yang terbunuh berusia 17, 19 dan 21, manakala yang cedera telah dibawa ke tempat perlindungan.

Selepas kejadian itu, beberapa mangsa dipindah dari kawasan itu.

Seorang saksi berkata, dia melihat 'bola api' dan mendengar bunyi dentuman yang kuat ketika kejadian tiga pelancong disambar petir itu.

Mereka yang cedera termasuk enam kanak-kanak dan 16 orang dewasa.

Dua wanita mengalami kecederaan serious dan dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

Kebanyakan mereka yang cedera dirawat di hospital kerana mengalami kesan luka terbakar. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan