Kes H7N9 Baharu Di China

Diterbitkan: Sabtu, 11 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Wilayah Fujian di tenggara China melaporkan kes pertama H7N9 membabitkan manusia pada Jumaat selepas seorang lelaki berusia 38 tahun meninggal dunia akibat jangkitan itu.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan dan Perancang Keluarga wilayah itu, lelaki dengan nama keluarga Zeng dari daerah Hui'an, bandar raya Quanzhou, disahkan dijangkiti selesema burung H7N9 pada awal Jumaat.

Lelaki itu meninggal dunia pada pagi hari yang sama selepas dimasukkan ke hospital pada Rabu lalu, lapor agensi berita Xinhua.

Sementara itu, kes baharu H7N9 membabitkan manusia dilapor pada Khamis di wilayah Zhejiang di timur China, membabitkan seorang wanita berusia 51 tahun yang disahkan dijangkiti virus berkenaan pada Rabu.

Xinhua melaporkan wanita itu kini berada dalam keadaan kritikal di hospital tempatan.

Kira-kira 150 orang di China dijangkiti virus itu sejak wabak tercetus pada Mac 2013. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan