Majalah Di Perancis Siar Laporan Hubungan Cinta Presiden Dengan Pelakon

Diterbitkan: Jumaat, 10 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kombinasi gambar menunjukkan senyuman aktres Perancis Julie Gayet di Festival Filem Cannes ke-65 pada Mei 2015 dan gambar senyum Presiden Francois Hollande di istana presiden, Elysee di Paris pada Disember lalu. -foto AFP
Kombinasi gambar menunjukkan senyuman aktres Perancis Julie Gayet di Festival Filem Cannes ke-65 pada Mei 2015 dan gambar senyum Presiden Francois Hollande di istana presiden, Elysee di Paris pada Disember lalu. -foto AFP

PARIS: Majalah Perancis 'Closer', pada Jumaat berkata Presiden Francois Hollande mempunyai hubungan sulit dengan pelakon Julie Gayet.

Dakwaan disertai janji bahawa ia akan disokong oleh gambar-gambar selepas khabar angin itu tersebar beberapa bulan lalu.

Majalah Closer edisi Jumaat ini membawakan laporan tujuh halaman yang mendakwa hubungan presiden berusia 59 tahun di bawah tajuk "Francois Hollande dan Julie Gayet - rahsia cinta presiden."

Tindakan tabloid mingguan itu mendapat kritikan pantas daripada presiden yang berkata beliau telah mempertimbangkan tindakan undang-undang ke atas apa yang dipanggil "serangan" terhadap hak privasinya.

Closer turut mengulangi laporan yang diterbitkan di laman-laman web baru-baru ini yang berkata Hollande mempunyai rutin menunggang skuter melalui Paris untuk bermalam dengan perempuan simpanan berusia 41 tahun itu.

"Sekitar Hari Tahun Baru, pemimpin negara memakai helmet menyertai pelakon itu di apartmen beliau, di mana tindakan bermalam bersamanya menjadi tabiat," Closer menulis di laman webnya.

Bercakap dalam kapasiti peribadi, Hollande mengutuk laporan itu sebagai "serangan ke atas hak privasi" yang mana beliau, "seperti setiap warganegara lain mempunyai hak."

Presiden, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan secara eksklusif kepada AFP berkata, beliau "sedang mempertimbangkan tindakan yang mungkin, termasuk tindakan undang-undang" terhadap majalah mingguan itu.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan