Kes Bunuh Di Jepun Catat Rekod Terendah Sejak Perang Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 10 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Jumlah jenayah bunuh dan percubaan untuk membunuh di Jepun tahun lalu mencatatkan angka paling rendah sejak pasca Perang Dunia Ke-2 demikian menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Polis pada Jumaat.

Untuk pertama kalinya, Jabatan Polis Jepun mengesahkan yang jumlah kes bunuh di negara itu mencatatkan hanya 939 kes sahaja tahun 2013.

Jumlah itu menurun lebih dari lapan peratus berbanding dengan jumlah tahun sebelumnya.

Angka ini boleh dikatakan kecil berbanding dengan jumlah penduduk Jepun yang seramai 127 juta orang.

Malah ia boleh dikatakan sebagai yang terendah di dunia berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Pejabat Perangkaan Jenayah dan Dadah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Sebagai perbandingan kontras, Venezuela, yang menyaksikan bagaimana bekas ratu cantik negara itu mati dibunuh bersama-sama suaminya kelmarin mencatatkan 79 kes bunuh per 100,000 orang warga pada tahun lalu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan