Bekas Presiden Cuba Buat Kemunculan Pertama Dalam Tempoh Sembilan Bulan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fidel Castro ketika hadir ke pembukaan galeri seni dan kebudayaan berhampiran kediamannya. -foto AFP
Fidel Castro ketika hadir ke pembukaan galeri seni dan kebudayaan berhampiran kediamannya. -foto AFP

HAVANA: Pemimpin Cuba, Fidel Castro muncul di khalayak ramai buat kali pertama dalam tempoh sembilan bulan dengan menghadiri pembukaan galeri seni dan kebudayaan berhampiran kediamannya, media tempatan melaporkan, Khamis.

Media rasmi di Cuba dan agensi berita asing mengeluarkan gambar menunjukkan Castro, 87, berjalan membongkok menggunakan tongkat ketika menghadiri perasmian galeri pelukis Cuba, Alexis Leyva.

"Dia disambut dengan penuh emosi oleh pelukis dan penduduk yang bertepuk tangan sebaik sahaja ketibaannya," kata akhbar rasmi Parti Komunis, Granma yang menerangkan tentang Castro yang keluar pada petang Rabu ke galeri Kcho Estudio Romerillo.

Galeri seni itu terletak di sebelah kediaman Castro dalam kejiranan Romerillo Havana.

Kemunculan awam itu bertepatan dengan ulang tahun ke-55 kemenangan Castro memasuki Havana berikutan penggulingan diktator Fulgencio Batista.

Pemimpin Cuba itu yang melepaskan jawatan presiden kepada adiknya, Raul pada tahun 2006 kerana sakit kali terakhir muncul di khalayak ramai pada April apabila beliau membuka sebuah sekolah di Havana.

Tetapi dia sering bertemu dengan pemimpin asing yang melawat dan menulis ruangan akhbar, dan baru-baru ini menerima kunjungan Presiden Venezuela Nicolas Maduro pada Disember.

Castro pada Disember juga menulis memuji kehidupan Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela dan mengucapkan tahniah kepada Raul pada hari memperingati Mandela di mana dia berjabat tangan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan