Thailand Perketat Keselamatan Kedutaan Di Bangkok

Diterbitkan: Khamis, 9 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Thailand akan memperketatkan keselamatan kedutaan semasa berlangsungnya perhimpunan besar-besaran Isnin depan untuk melumpuhkan ibu negara oleh Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC).

Langkah keselamatan akan diperketatkan bagi kedutaan semasa perhimpunan itu diadakan terutamanya berhampiran tapak bantahan yang dirancang misalnya di sekitar jalan Silom, Sathorn dan Wireless, kata Sihasak Puangketkaew, setiausaha tetap hal ehwal luar.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar hari ini selepas memberi taklimat kepada komuniti diplomat berhubung keadaan politik terkini di Thailand.

Sihasak berkata kalangan diplomat menyuarakan kebimbangan mereka tentang kesukaran untuk menjalankan tugas ketika berlangsungnya bantahan, dan berharap kenderaan mereka boleh bergerak di jalan raya tanpa sebarang halangan berdasarkan keistimewaan diplomatik mereka.

Beliau berkata tiada kedutaan yang mengumumkan cadangan untuk menutup sementara operasi mereka pada Isnin.

Sihasak berkata diplomat turut dimaklumkan bahawa lapangan terbang di sekitar Bangkok akan dibuka memandangkan pemimpin PDRC Suthep Thaugsuban telahpun mengumumkan penyokongnya tidak akan menutup lapangan terbang.

Beliau memperjelaskan terdapat kebimbangan yang disuarakan diplomat tentang kemungkinan penunjuk perasaan akan memaksa untuk menutup mana-mana lapangan terbang sekitar Bangkok.

Katanya kerajaan sementara komited untuk menyelesaikan masalah itu menerusi cara yang aman, mengekalkan rejim demokratik, serta memastikan kesiapsiagaan untuk melindungi kor diplomatik di Thailand.

Taklimat itu yang berlangsung kurang dari 30 minit dihadiri perwakilan diplomatik dari 63 negara termasuk 28 duta.

PDRC mengumumkan mereka akan mengadakan perhimpunan di tujuh kawasan termasuk Victory Monument (pusat perkhidmatan bas), Ratchaprasong (tapak tindakan keras terhadap tunjuk perasaan Baju Merah iaitu kumpulan pro-Thaksin Shinawatra pada 2010), Asok (pusat pelancongan dan perniagaan di Jalan Sukhumvit) dan Pratumwan (pusat perniagaan, berhampiran Siam Paragon, MBK, pusat beli-belah yang terkenal dalam kalangan pelancong).

Kawasan lain ialah Chaengvatta (kompleks kerajaan), Lumpini (kawasan pelancongan berhampiran Jalan Silom) dan persimpangan lima laluan Lat Phrao (berhampiran pasar hujung minggu).

Matlamat mereka adalah untuk memaksa peletakan jawatan kerajaan sementara diketuai Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan mendesak penangguhan pilihan raya umum yang dijadual 2 Februari, sehinggalah selepas pembaharuan dilaksanakan di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan