Rusia Tingkat Kawalan Keselamatan Menjelang Olimpik Musim Sejuk

Diterbitkan: Khamis, 9 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MOSCOW (Rusia): Pasukan Rusia dalam keadaan bersedia untuk menghadapi perang di Sochi dan memperketat laluan masuk ke kawasan pesisir Laut Hitam sebagai sebahagian langkah yang dilakukan Presiden Vladimir Putin untuk memastikan keamanan Olimpik Musim Sejuk yang akan berlangsung bulan depan.

Putin meningkatkan keamanan di Rusia ekoran dua serangan bom berani mati di selatan kota Volgograd yang menyebabkan 34 orang rakyatnya terkorban.

Pemimpin keumpulan pemberontak Chechnya Doku Umarov, yang paling dikehendaki Moscow, yang ingin mendirikan negara Islam di bahagian selatan Rusia mengancam akan menggunakan ‘kekuatan maksimum’ untuk menghalang acara Olimpik Musim Sejuk tersebut.

“Mulai 7 Januari, semua bahagian bertanggungjawab memastikan keamanan tetamu dan para peserta Olimpik disiapsiagakan,” kata Menteri Urusan Situasi Darurat Vladimir Puchkov dipetik sebagai berkata oleh berita Itar-Tass.

“Semua masalah keamanan untuk Olimpik Musim Sejuk ditangani dengan standard antarabangsa.”

Pihak berkuasa mengerahkan puluhan ribu anggota polis dan pasukan kementerian dalam negeri ke Sochi, tempat di mana para atlet akan bertanding selama lebih dua minggu bermula malam 7 Februari.

Mulai Selasa, yang merupakan hari perayaan natal kaum Ortodoks Rusia, jalan masuk ke kawasan itu diperketat.

“Pembatasan tersebut untuk memastikan jalan-jalan dapat digunakan penonton, atlet dan pegawai Olimpik,” kata jabatan pengangkutan.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan