Lebih Ramai Perokok Di Seluruh Dunia Berbanding 1980 - Kajian

Diterbitkan: Khamis, 9 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Lebih ramai perokok di seluruh dunia pada hari ini berbanding pada tahun 1980, apabila populasi berkembang pesat dan rokok semakin popular di negara seperti China, India dan Rusia, kata penyelidik.

Sebagai contoh, China berkembang hampir 100 juta lebih ramai perokok pada 2012 berbanding tiga dekad yang lalu, walaupun kadar merokok merosot dari 30 kepada 24 peratus dalam tempoh tersebut, kata Jurnal Persatuan Perubatan Amerika Syarikat.

Menurut laporan itu, peningkatan jumlah perokok berlaku walaupun terdapat penurunan dalam aktiviti merokok sejak beberapa dekad, apabila ramai mula menyedari mengenai bahaya tembakau.

"Memandangkan kita sudah pun mengetahui bahawa separuh daripada perokok sebenarnya meninggal dunia kerana merokok, jumlah yang besar perokok itu akan menyebabkan peningkatan yang besar dalam kematian awal," kata penulis bersama Alan Lopez dari Universiti Melbourne.

Kajian itu diketuai oleh Institut Penilaian dan Metrik Kesihatan di Universiti Washington dengan mengumpul data dari 187 negara. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan