Kutipan Filem Pecah Panggung China RM11.81 Bilion

Diterbitkan: Rabu, 8 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Filem pecah panggung China melonjak kepada AS%3.6 bilion (RM11.81 bilion) pada tahun lepas, dengan peningkatan 27.5 peratus berbanding 2012, apabila hampir 14 tayangan ditambah pada setiap hari dalam pasaran filem kedua terbesar dunia, kata laporan pada Rabu.

China Daily yang memetik Pentadbiran Akhbar, Penerbitan, Radio, Filem dan Televisyem negara melaporkan bahawa pawagam di China memperoleh 21.77 bilion yuan pada 2013.

Filem yang mencatat kutupan tertinggi pada 2013 adalah 'Journey to the West: Conquering the Demons', sebuah filem aksi fantasi yang diadaptasi daripada novel klasik China yang dipercayai dari abad ke-16.

Menurut laporan itu, hanya tiga filem Hollywood menduduki carta 10 filem paling laris iaitu 'Iron Man 3' pada kedudukan nombor dua dengan kutipan 753.6 juta yuan, diikuti 'Pacific Rim' di tempat keempat dan Gravity disenaraikan dalam kedudukan kesepuluh.

Tidak seperti tahun 2012, produksi tempatan mengeluarkan lebih banyak filem berbanding filem-filem import dengan kutipan tiket 12.77 bilion yuan, yang menguasat pasaran 58.7 peratus, kata China Daily lagi.

Tambahnya, filem-filem import memperoleh kutipan 9 bilion yuan pada 2013, meningkat 2.3 peratus berbanding 2012 tetapi hanya 41.3 peratus menguasai pasaran.

Hampir 5,100 tayangan ditambah di pawagam-pawagam di seluruh China pada 2013, menjadikan jumlah keseluruhan 18,195 tayangan pada akhir tahun. - AFP

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan