Pilihan Raya Thai Mungkin Tidak Berjalan Lancar

Diterbitkan: Selasa, 7 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Tidak dapat dipastikan sama ada parti atau gabungan yang memenangi Pilihan Raya Umum 2 Februari depan akan melalui jalan mudah ke arah mengambil alih tampuk kuasa dan pentadbiran memandangkan kini wujud dua puak bertentangan dalam proses melaksanakan demokrasi di Thailand.

Ujian besar pertama bagi demokrasi di Thailand tahun ini ialah rancangan Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC) untuk menutup Bangkok pada 13 Jan sebagai langkah untuk memaksa penangguhan pilihan raya.

Usaha ini mula menampakkan kesan awal bila laporan mengatakan sekurang-kurangnya tiga buah syarikat penerbangan telah mengurangkan penerbangan di sini berikutan menurunnya jumlah penumpang.

Bagaimanapun, persiapan bagi pilihan raya tetap berjalan dengan Parti Pheu Thai pimpinan Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra melancarkan kempen di beberapa lokasi di kubu kuatnya Sabtu lepas.

Pheu Thai memulakan rapat umum kempen di Muang Thong Thani di wilayah Nonthaburi (wilayah bersempadan Bangkok), dan mengadakan acara di Chiang Mai (bahagian utara Thailand yang juga tempat kelahiran Thaksin Shinawatra), wilayah-wilayah Ubon Ratchathani, Khon Kaen di bahagian timur laut (wilayah yang memberi sokongan paling kuat kepada parti itu) dan Nakhon Sawan (bahagian utara kawasan pusat).

Pheu Thai dikatakan favorit yang akan memenangi pilihan raya, namun masih wujud semangat anti-Thaksin dalam kalangan sesetengah penduduk.

Oleh itu, rakyat akan keluar mengundi dalam keadaan berbelah bahagi seperti dahulunya dan jumlah yang keluar mengundi perlu besar, jika tidak sebuah Kerajaan baharu akan menghadapi ketidakstabilan seperti dialami oleh Yingluck.

Keadaan sebegini memaksa beliau mengadakan pilihan raya awal berikutan protes jalanan yang berlarutan beberapa bulan diketuai oleh Suthep Thaugsuban, bekas timbalan perdana menteri di bawah Parti Demokrat.

Suthep mendapat sokongan kuat di Bangkok dan menurut laporan, semalam beliau mengetuai perarakan sepanjang 8km untuk mengajak rakyat menyertai demonstrasi 13 Jan dengan slogan "Reform before Elections" (Pembaharuan sebelum Pilihan Raya)", dan bersama itu menerima sumbangan bernilai lebih 1.7 juta baht.

Dalam pada itu, bagi mengelakkan sebarang kritikan berhubung peranannya sebagai Perdana Menteri sementara, Yingluck hanya menyertai acara kempen utama di luar waktu pejabat, demikian menurut Sunday Nation semalam.

Mengenai pilihan raya, sejumlah 1,272 calon kawasan daripada 53 parti politik tetapi hanya bertanding untuk 347 kawasan oleh kerana di 28 kawasan lagi calon-calon tidak dapat mendaftar diri selepas pemprotes menghalang pusat-pusat pendaftaran.

Parti-parti itu akan juga bertanding untuk 125 kerusi di bawah pemilihan berdasarkan senarai parti.

Antara 30 Nov hingga 30 Dis, keganasan berhubung pilihan raya mengakibatkan lapan nyawa terkorban dan 461 orang cedera, menurut Pusat Perubatan Erawan.

Ketidakstabilan politik sedikit sebanyak menjejas ekonomi Thailand.

University of Thai Chamber of Commerce menjangkakan pertumbuhan hanya pada kadar tiga peratus dan tahun ini sekitar 4-4.5 peratus dengan ketegangan politik disebut sebagai antara penyebabnya.

Pelancongan yang menyumbang kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Thailand mungkin turut terjejas jika ketidakstabilan berterusan, dengan itu mengganggu sasaran untuk menarik kedatangan 28-30 juta pelancong tahun ini.

Kecuali semua pihak yang terlibat dalam sengketa sedia bertolak ansor untuk mencapai penyelesaian damai, Thailand akan melalui 2014 yang penuh cabaran tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan