Eksport Thailand Dijangka Susut Pada Suku Pertama Berikutan Krisis Politik

Diterbitkan: Selasa, 7 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Eksport Thailand pada suku pertama tahun ini dijangka berkurangan setelah perniagaan terjejas oleh krisis politik yang berterusan di negara ini dan pertumbuhan ekonomi global yang perlahan.

Bagaimanapun, negara ini masih mencatat pertumbuhan pada tahun ini, demikian menurut Pusat Pengajian Perdagangan Antarabangsa (CITS) di Universiti Dewan Perniagaan Thailand.

Ia menjangka eksport Thailand tahun ini berkembang antara 2.06 - 5.6 peratus.

CITS juga menjangkakan nilai purata baht tahun ini antara 32.07 - 34.24 baht berbanding satu dolar AS, dan boleh turun ke tahap paling rendah dalam tempoh lima tahun kepada kira-kira 35.30 baht pada suku pertama disebabkan oleh kegawatan politik.

Konflik politik, turun naik kadar pertukaran dan pertumbuhan ekonomi global yang lemah juga boleh mengakibatkan Thailand kehilangan bahagian pasaran eksport kepada saingan perdagangan lain, terutama negara-negara Asean, kata Pengarah CITS, Aat Pisanwanich.

Beliau berkata banyak industri Thailand akan kehilangan bahagian pasaran kepada negara-negara lain kerana kos pengeluaran yang lebih tinggi, dengan pengimport barangan Thai beralih pesanan daripada negara ini kerana kemungkinan timbul masalah logistik dari kekacauan politik itu.

Industri terjejas termasuk pakaian, beras, produk getah, sektor makanan beku, kayu dan perabot, katanya.

Pisanwanich berkata sesetengah pelabur asing juga teragak-agak untuk mengembangkan pelaburan atau melabur semula di Thailand kerana ketidakstabilan politik.

Pengerusi Kehormat Lembaga Perdagangan Thailand dan Dewan Perniagaan Thailand Phongsak Assakul berkata beberapa pembeli telah mempersoalkan masalah penghantaran.

Bagaimanapun pengeksport Thai menegaskan bahawa konflik politik tidak akan menjejaskan penghantaran kerana pelabuhan utama terletak di Lam Chabang, Chonburi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan