14 Maut Dalam Insiden Rempuhan Di China - Berita Dunia | mStar

14 Maut Dalam Insiden Rempuhan Di China

Diterbitkan: Isnin, 6 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Seramai 14 orang maut dan 10 cedera dalam insiden rempuhan ketika majlis di sebuah masjid di wilayah Ningxia barat laut China.

Insiden terbabit berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari Ahad, ketika makanan tradisional diagihkan kepada orang ramai yang menghadiri majlis bagi meraikan kematian pemimpin agama di situ.

Kesemua yang mengalami kecederaan dirawat di hospital manakala empat mangsa dilaporkan kritikal.

Siasatan sedang dijalankan bagi mencari punca insiden di masjid di bandar Xiji yang terletak kira-kira 320 kilometer dari barat laut Xian.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan