Pelaut Diserang Jerung, Empat Lagi Hilang

Diterbitkan: Ahad, 5 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPEI: Seorang pelaut warga Indonesia telah diselamatkan walaupun mengalami kecederaan daripada serangan seekor jerung namunn empat lagi rakannya hilang selepas bot nelayan mereka terbakar di Laut China Selatan.

Pengawai pantai Taiwan berkata, mereka diberitahu oleh rakan sejawat mereka di Jepun pada tengah hari Sabtu bahawa bot yang dinamakan sebagai "Cheng Tsai Li" dengan berat 26 tan memecut lagi dengan kelajuan 35 batu nautika ke timur laut Miyako-jima, sebuah pulau di wilayah Okinawa di Jepun.

Beliau berkata, pelaut warga Indonesia yang menaiki bot ikan berkenaan diselamatkan oleh sebuah bot nelayan Taiwan yang lain.

"Dia cedera, akibat diserang herung," kata jurucakap pengawal pantai, Hsieg Ching-chin kepada AFP.

Bagaimanapun, tiada butiran terperinci mengenai kecederaan yang dialami oleh lelaki tersebut.

Dua bot pengawal pantai dari Taiwan dan dua lagi dari Jepun melakukan pencarian terhadap empat yang hilang, iaitu seorang kapten warga Taiwan, seorang pelaut Taiwan dan dua pelaut Indonesia. - AFP

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan