Insiden Keganasan Di Wilayah Selatan Thailand Ragut 5,352 Nyawa

Diterbitkan: Ahad, 5 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PATTANI (Selatan Thailand): Pergolakan di wilayah selatan Thailand telah mengorbankan 5,352 orang sejak 2004, menurut Pusat Keselamatan Dalam Negeri (ISOC).

Jurucakap ISOC Bahagian Keempat, Kol Pramoth Prom-In pada Sabtu berkata dalam tempoh 2004-2013, sebanyak 9,965 orang mengalami kecederaan dalam 8,540 kejadian keganasan yang dilakukan oleh puak pemisah.

"Dalam tempoh itu, 499 anggota tentera maut dan 2,429 lagi cedera, sementara 312 anggota polis mati dan 1,159 cedera, manakala 181 sukarelawan terkorban dan 357 cedera," katanya.

Turut menjadi mangsa ialah golongan pendidik di mana 187 guru terbunuh dan 191 cedera manakala 399 anggota puak pemisah mati dan 92 cedera.

Mangsa lain keganasan terdiri daripada pegawai pentadbiran, pemimpin agama dan orang awam, katanya.

Pramoth berkata sejumlah 615 insiden keganasan berlaku pada tahun lepas berbanding 542 insiden pada 2012. Beliau berkata pada 2007 sebanyak 1,669 insiden keganasan direkodkan iaitu yang tertinggi.

"Jelas sekali trend dalam tempoh itu terdapat pengurangan insiden iaitu pada 2004 (601), 2005 (1,006), 2006 (1,249), 2007 (1,669), 2008 (769), 2009 (757), 2010 (625), 2011 (680) dan 2012 (542),' katanya.

Dalam insiden terbaru pada Sabtu, seorang anggota polis maut dan seorang sukarelawan cedera terkena tembakan dalam kejadian di sebuah kedai kopi di Mukim Bandar, Muang Pattani, awal pagi Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Muang Pattani, Kol Tuandir Juthanon, empat lelaki menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah kedua-dua mangsa yang sedang menikmati minuman teh. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan