Gempa Bumi Sederhana Landa Utara Halmahera, Indonesia

Diterbitkan: Ahad, 5 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda utara Halmahera, Indonesia pada 7.44 malam Ahad.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di 198km tenggara Kepulauan Talaud, Indonesia dan 1,066km tenggara Semporna, Sabah.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan