Ribut Salji Dijangka Di Bahagian Timur Laut AS

Diterbitkan: Jumaat, 3 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Bahagian timur laut Amerika Syarikat pada Khamis bersedia untuk ribut salji, angin kencang dan suhu dingin, selepas tiupan cuaca dingin melanda New England dan negara-negara sekitarnya.

Penerbangan turut dibatalkan.

Suhu di New York dijangka jatuh kepada 10 darjah Fahrenheit (-12 darjah Celsius) dengan faktor angin sejuk -9 darjah Fahrenheit, mengikut ramalan cuaca kebangsaan.

Sistem pengesan FlightAware berkata kira-kira 2,000 penerbangan masuk, pelepasan atau di dalam Amerika Syarikat telah dibatalkan.

Pejabat Cuaca Nasional mengeluarkan amaran ribut musim sejuk dan nasihat cuaca musim sejuk untuk kawasan besar yang menjangkau negeri-negeri dari Chicago merentasi New York, New England dan ibu negara AS, Washington.

Cuaca musim sejuk telah melanda bahagian barat tengah dengan salji menyelimuti kawasan berkenaan dan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chicago O'Hare dibatalkan.

Amaran musim sejuk timur laut berkuatkuasa di New York dari petang Khamis sehingga tengahari JUmaat, dengan peramal meramalkan ketebalan salji sehingga enam hingga 10 inci (15 hingga 25 sentimeter) dan angin yang boleh mencapai sehingga 45 batu (72 kilometer) sejam.

Pejabat Cuaca Nasional mengeluarkan amaran ribut salji untuk New York Long Island.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan