PDRC Ancam Kuasai 20 Persimpangan Untuk Kepung Bangkok

Diterbitkan: Jumaat, 3 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC), yang mahu pilihan raya umum 2 Februari ini ditangguhkan,pada Jumaat mengumumkan akan menguasai 20 persimpangan bertingkat utama pada 13 Januari untuk mengepung kota Bangkok.

Pemimpinnya Suthep Thuegsuban berkata kumpulan itu akan menempatkan pengikutnya di persimpangan berkenaan sepanjang hari dan malam pada tarikh tersebut.

Katanya menjelang tindakan itu, PDRC akan mengadakan perhimpunan antara 5 dan 8 Januari serta menjemput penduduk Bangkok menyertai mereka mengadakan bantahan.

Suthep berkata persimpangan yang akan diduduki itu terletak berhampiran kawasan pelancongan, hab pengangkutan dan pejabat kerajaan.

"Antaranya ialah persimpangan Uruphong, dua kilometer dari Rumah Kerajaan, yang menempatkan pejabat perdana menteri dan menteri Kabinet. Ia juga dihubungkan dengan Ratchadumnoen Avenue serta beberapa pusat pelancongan terkenal seperti Istana Besar dan destinasi pelancong beg galas di Khaosarn Road," katanya.

Tempat lain ialah persimpangan Ratchadumnoen, persimpangan Charoenpol, persimpangan Hua Lamphong (di mana terletaknya stesen kereta api Bangkok), Bang Rak, Silom (terkenal kerana kehidupan malamnya) dan Sam Yan.

Di zon tengah Bangkok pula, kata Suthep, penunjuk perasaan akan memenuhi Phaya Thai, Ratchathewi, Din Daeng dan Victory Monument (stesen utama bas di Bangkok).

Penunjuk perasaaan juga akan menyasarkan persimpangan Siam Square (pusat perniagaan di kawasan Sukhumvit), simpang lima Phrao (berhampiran pasar hujung minggu besar) persimpangan Pratunam (pusat beli-belah tumpuan pelancong dan rakyat tempatan) persimpangan Ratchaprasong yang dikelilingi banyak hotel mewah).

Sasaran lain ialah Lumpini, Klong Toey, Asok, Petchaburi dan persimpangan Yaowarat (terkenal sebagai Chinatown di Thailand).

Sementara itu, anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Theerawat Theerarojwit berkata suruhanjaya itu mempunyai penyelesaian bagi 28 kawasan pilihan raya di lapan wilayah di mana calon tidak dapat mendaftar diri untuk bertanding, tetapi tidak memberi maklumat terperinci mengenainya.

"Pilihan raya umum pada 2 Februari akan diadakan mengikut jadual," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan