Keputusan Tarikh Pendaftaran Calon Pilihan Raya Thailand Diputuskan Hari Ini

Diterbitkan: Jumaat, 3 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand akan bermesyuarat sekali lagi pada Jumaat untuk menentukan sama ada akan melanjutkan tarikh pendaftaran calon bagi pilihan raya umum 2 Februari ini, selepas perbincangan beberapa jam pada Khamis gagal menghasilkan sebarang keputusan.

Perkara itu akan dimuktamadkan pada Jumaat, kata Setiausaha Agung SPR Phuchong Nutrawong selepas mesyuarat itu di sini, Khamis.

Beliau berkata perlanjutan hari pendaftaran bagi urusan kerusi pilihan raya mempunyai kaitan dengan banyak peruntukan undang-undang.

"Kita akan tahu esok (Jumaat) langkah yang akan diambil (SPR) melibatkan bakal calon yang tidak dapat mendaftar (sepanjang tempoh 28 Disember hingga 1 Januari) dan bagaimana untuk mengendalikan pilihan raya itu," katanya.

Beliau menegaskan jika tarikh pendaftaran itu dilanjutkan, ia akan menjejas tarikh lain dalam proses pilihan raya.

Beliau berkata terdapat 53 parti politik berdaftar bagi proses senarai parti semasa pendaftaran itu diadakan dari 23-27 Dis, 2013.

Bagi calon pilihan raya, 1,272 calon telahpun mendaftar sepanjang tempoh pendaftaran dari 28 Disember sehingga semalam.

Terdapat lima wilayah selatan yang tidak dapat mengadakan pendaftaran calon pilihan raya disebabkan gangguan oleh penunjuk perasaan yang mahu pilihan raya itu ditangguhkan sehingga reformasi dilaksanakan di negara ini.

Menurut Kementerian Luar semalam, calon tidak dapat mendaftar di 30 kawasan pilihan raya.

Phuchong berkata jurucakap parti Phue Thai Prompong Nopparit mencadangkan kepada SPR supaya melanjutkan tarikh pendaftaran calon disebabkan penunjuk perasaan mengganggu pusat pendaftaran di beberapa wilayah dan ramai calon tidak dapat mendafar.

Beberapa wakil parti politik turut mencadangkan kepada SPR supaya mengadakan pendaftaran di ibu pejabat SPR yang terletak di pusat Kompleks Kerajaan di sini, katanya.

Sementara itu Suthep Thuegsuban, pemimpin Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC), merancang untuk mengadakan demonstrasi di seluruh Bangkok pada 13 Januari, dan dari 5-8 Jan beliau menjemput orang ramai supaya menyertai tunjuk perasaan itu bagi mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri kerajaan sementara, Yingluck Shinawatra.

Dalam reaksinya kepada pengumuman Suthep, kumpulan pro-Thaksin Shinawatra atau Baju Merah mengumumkan mereka akan mengadakan kempen baharu untuk terus menghidupkan Bangkok, sekali gus mewujudkan kemungkinan tercetusnya konflik yang dapat membawa kepada keganasan.

Pemimpin Baju Merah Jatuporn Promphan hari ini berkata masanya sudah tiba untuk rakyat bangkit dan berjuang menentang rangkaian elit dan bulan ini adalah bulan untuk memajukan atau menghancurkan.

Jatuporn meminta kumpulan Baju Merah supaya menunggu isyarat namun menegaskan perjuangan itu di bawah prinsip yang aman.

Beliau turut meminta kumpulan penyokng di wilayah lain untuk mengadakan perhimpunan bermula 5 Jan, tarikh sama Suthep meminta penyokongnya menunjuk perasaan untuk mendesak peletakan jawatan Yingluck. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan