China Nafi Vaksin Hepatitis B Sebabkan Kematian Kanak-Kanak

Diterbitkan: Jumaat, 3 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Pihak berkuasa kesihatan China tidak mendapati wujud kaitan antara pemberian vaksin Hepatitis B dengan kematian sembilan kanak-kanak, demikian dilaporkan media kerajaan pada Jumaat.

Seramai 17 kanak-kanak dilapor meninggal dunia selepas diberi suntikan vaksin untuk mencegah penyakit hati itu antara 13 dan 31 Disember.

Sembilan daripada kes berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan vaksin itu, lapor agensi berita Xinhua, yang memetik pengarah biro kawalan penyakit, Suruhanjaya Kesihatan dan Perancang Keluarga Nasional Yu Jingjin, sebagai berkata.

Yu berkata analisis awal menunjukkan lapan kes lain juga tidak mempunyai kaitan dengan vaksin itu dan punca kematian akan disahkan selepas selesai urusan autopsi.

Xinhua memetik Li Guoqing dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan China sebagai berkata tiada masalah ditemukan dengan vaksin tertentu, sama ada dari segi amalan pengeluaran atau kualiti produk.

Terdahulu, media kerajaan melaporkan tiga pengeluar vaksin Hepatitis B diperintah menggantung pengeluaran kerana gagal memenuhi syarat kualiti pengeluaran.

Dalam tempoh 11 bulan pertama tahun lepas, tiga syarikat itu menghasilkan kira-kira 80 peratus daripada jumlah vaksin Hepatitis B. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan