Dua Maut, Puluhan Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Bahamas - Berita Dunia | mStar

Dua Maut, Puluhan Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Bahamas

Diterbitkan: Khamis, 2 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NASSAU: Sekurang-kurangnya dua orang maut dan lebih 50 kediaman musnah dalam kebakaran di sini, lewat malam Rabu.

Kebakaran itu mengakibatkan beratus-ratus penduduk tinggal sehelai sepinggang.

Penolong Pesuruhjaya Polis, Emerick Seymour berkata, kebakaran bermula lewat malam Rabu di kawasan Marsh Harbor, Pulau Abaco.

Kawasan terbabit padat dengan komuniti yang terdiri daripada pemastautin tetap, penduduk tempatan dan pendatang dari Haiti.

Pulau Abaco terletak kira-kira 290 kilometer timur Florida.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan