Dua Letupan Di Somalia, 11 Terbunuh

Diterbitkan: Khamis, 2 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MOGADISHU: Jumlah kematian dalam serangan dua letupan bom di ibu negara Somalia, Mogadishu meningkat kepada 11 orang selepas tiga lagi meninggal dunia akibat kecederaan, kata polis pada Khamis.

Belum dipastikan dalang kepada serangan yang berlaku pada lewat Rabu tetapi ia kemungkinan melubatkan seorang komando kepada kumpulan lelaki bersenjata.

"Bilangan kematian adalah 11 orang, dengan 18 yang lain cedera," kata komando polis, Abdi Mohamed Jama.

"Bagaimanapun, keadaan sekarang kembali normal, pakar bahan letupan telah membuat pemeriksaan di kawasan itu bagi memastikan tiada sebarang bahan letupan.

Letupan pertama melibatkan sebuah kereta di luar Hotel Jazeera, dekat lapangan terbang antarabangsa.

Letupan kedua berlaku ketika letupan pertama berlaku apabila ambulans bergegas ke tempat kejadian dan tentera Somalia sedang membantu mereka yang cedera.

Jurucakap Polis Somalia, Mohamed Omar berkata, dua anggotanya merupakan antara yang terbunuh. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan