Tujuh Mati Lemas Ketika Mandi-Manda Di Laut - Berita Dunia | mStar

Tujuh Mati Lemas Ketika Mandi-Manda Di Laut

Diterbitkan: Isnin, 30 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HANOI: Tujuh murid sekolah lemas ketika mandi-manda di laut semasa berkelah berhampiran hab perniagaan di selatan bandaraya Ho Chi Minh.

Lawatan sekolah itu berakhir dengan tragedi apabila mereka dihanyutkan ombak deras di Can Gio, kawasan pantai di pinggir bandar kedua terbesar di Vietnam.

“Mayat mangsa ditemui awal pagi Isnin,” kata seorang anggota polis di daerah Can Gio.

Menurut laporan akhbar Tui Tre, kanak-kanak berusia 12 hingga 14 tahun itu adalah sebahagian daripada rombongan 100 pelajar yang menyertai aktiviti perkelahan anjuran sekolah mereka.

“Kebanyakan mangsa boleh berenang dengan baik,” kata guru yang mengiringi rombongan pelajar itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan