Keluarga Gus Dur Ingatkan Parti Politik Tidak Pasang Gambar Bekas Presiden

Diterbitkan: Sabtu, 28 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Keluarga bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid atau Gus Dur mengingatkan parti politik dan calon pilihan raya supaya tidak menggunakan nama atau gambar pemimpin itu dalam poster kempen Pilihan Raya Umum 2014 (Pemilu 2014) selaras dengan wasiat Gus Dur.

Balu Gus Dur, Sinta Nuriyah berkata parti politik yang tidak menghormati wasiat itu akan diambil tindakan undang-undang.

"Surat wasiat itu dibuat peguam Gus Dur dan ditandatangani sendiri oleh Gus Dur," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Sinta Nuriyah berkata, beliau menerima banyak aduan dan laporan daripada beberapa pihak bahawa nama dan gambar Gus Dur digunakan dalam beberapa bahan kempen pilihan raya yang diedarkan kepada umum.

Kebanyakan daripada laporan itu berkaitan bahan kempen Pemilu 2014 yang digunakan penyokong Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), iaitu parti yang pernah dipimpin Gus Dur.

Penggunaan gambar dan nama Gus Dur dalam kempen politik menjelang Pemilu 2014 yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini tanpa kebenaran keluarga Gus Dur, menyebabkan keluarganya mengingatkan semua pihak supaya terus menjaga nama baik dan reputasi bekas presiden keempat republik itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan