Wartawan Cedera Terkena Tembakan Dalam Pertempuran Di Bangkok

Diterbitkan: Jumaat, 27 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Seorang wartawan akhbar harian tempatan antara mereka yang cedera dalam pertembungan antara polis rusuhan dan puak antikerajaan sementara yang mengorbankan seorang anggota polis, di sini Khamis.

Wartawan lelaki akhbar Thai Rath itu terkena tembakan peluru hidup dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Phayathai. Keadaannya dilapor tidak lagi kritikal.

Pertempuran sehari suntuk itu menyaksikan sekurang-kurangnya 97 cedera dan seorang anggota polis terbunuh akibat terkena tembakan di dada kanan, menurut jurucakap Pusat Perubatan Erawan, pada 5.30 petang Khamis.

Sementara itu, menurut timbalan jurucakap bagi pemerintah polis pengaman Mej Jen Polis Anucha Romyanan, 14 penunjuk perasaan ditahan dan 25 anggota polis cedera.

Susulan pertempuran di stadium pada petang Khamis, kumpulan penunjuk perasaan membuat sekatan di jalan Vibhavadi ke arah Lapangan Terbang Don Mueng selama sejam sebelum kembali ke kawasan perhimpunan utama di Monumen Demokrasi di Ratchadumnoen Avenue.

Mereka yang berhimpun di kawasan kediaman Perdana Menteri kerajaan sementara Yingluck Shinawatra bagi mendesak beliau meletak jawatan, turut kembali ke kawasan perhimpunan utama.

Ekoran keganasan pada Khamis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand meminta pilihan raya umum yang dijadual pada 2 Februari depan ditangguh.

Pesuruhjaya SPR Thailand, Somchai Srisuthiyakorn berkata, pilihan raya harus ditangguh sehingga semua pihak bertelagah menyelesaikan isu mereka.

Sebanyak 30 parti politik telah mendaftar untuk menyertai pilihan raya umum itu termasuk parti Yingluck, Pheu Thai Party of Yingluck, manakala parti pembangkang utama Democrat Party memutuskan untuk memboikot pilihan raya berkenaan.

Baru-baru ini, pemimpin penunjuk perasaan Suthep Thaugsuban berikrar untuk 'menutup' bandar raya Bangkok pada hari pengundian jika pilihan raya itu diteruskan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan