Polis Akan Siasat Dakwaan Nigella Lawson Ambil Dadah

Diterbitkan: Isnin, 23 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nigella Lawson
Nigella Lawson

LONDON: Polis British sedang mengkaji bukti bahawa chef selebriti, Nigella Lawson mengambil dadah, menurut kenyataan pada Ahad.

Dakwaan bahawa beliau sering mengambil dadah jenis kokain muncul semasa perbicaraan dua pembantu peribadinya yang dibebaskan pada Jumaat atas dakwaan menipu Nigella dan bekas suaminya, jutawan Charles Saatchi.

Nigella,53, menegaskan semasa perbicaraan bahawa dia tidak ketagih dadah dan hanya pernah mengambil kokain dan ganja beberapa kali pada masa lalu.

Polis Metropolitan London selepas keputusan itu berkata bahawa mereka tidak akan menyiasat dakwaan dadah terhadapnya.

Tetapi pada Ahad, pasukan itu berkata sepasukan pegawai pakar akan mengkaji bukti walaupun terdapat "kemungkinan tiada peluang" untuk Nigella didakwa.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan