Seorang Daripada Lima Kru Kapal Karam Di Perairan Singapura Ditemui Selamat

Diterbitkan: Ahad, 22 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang daripada lima anak kapal warga China yang dilapor hilang selepas baj 'Heng Hong 168' karam di perairan negara ini empat hari lepas, ditemui selamat, Ahad.

Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam kenyataannya, berkata mangsa ditemui hanyut berhampiran Pulau Bintan pada pukul 9.20 pagi Ahad.

Menurut kenyataan itu mangsa diselamatkan oleh Pengawal Pantai Indonesia dan dibawa ke hospital di Bintan.

Usaha mencari dan menyelamat empat lagi mangsa sedang dijalankan, kata kenyataan itu.

Baj itu karam kira-kira tiga batu nautika dari barat Rumah Api Horsburgh pada 19 Disember lepas. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan