Konflik Politik Jejaskan Ekonomi Thailand

Diterbitkan: Ahad, 22 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Ekonomi Thailand sedikit sebanyak telah terjejas oleh konflik politik dengan Indeks Sentimen Industri Thailand (TISI)pada November menjunam ke paras paling rendah dalam masa dua tahun.

Tahun depan, politik juga akan memainkan peranan dengan ekonomi dijangka mengembang sebanyak kira-kira lima peratus jika keadaan politik stabil dan cuma tiga peratus di bawah ketidaktentuan politik, kata Pengerusi Persekutuan Industri Thai, Payungsak Chartsuthipol dalam sidang akhbar pada Khamis.

Ekonomi Thailand terjejas dan terlepas peluang akibat pertikaian politik semasa dan tahun depan pertumbuhan akan bergantung kepada keadaan politik yang bertambah baik, kata Payungsak.

"Keadaan amat mencabar dan saya harap ia (keadaan politik) akan kembali seperti biasa selepas tahun baharu," katanya.

Beliau berkata sektor swasta mahu dasar ekonomi kerajaan diteruskan untuk merangsang dan mengembleng pertumbuhannya.

"TISI pada November turun kerana sektor swasta bimbang keadaan politik semasa yang mungkin berlarutan, merosakkan seluruh ekonomi," katanya.

Beliau berkata responden mahu kerajaan menyelesaikan konflik politik, menstabilkan nilai baht, ambil tindakan untuk menangani rasuah dan menggalakkan institusi kewangan milik kerajaan menyediakan pinjaman faedah rendah untuk syarikat kecil dan sederhana.

Mereka juga mahu kerajaan membantu pengeluar menambah baik standard pengeluaran ke tahap antarabangsa.

Beliau berkata keyakinan pengusaha industri terjejas teruk dari segi jumlah jualan keseluruhan, pengeluaran dan prestasi perniagaan pengeluar.

Indeks pada November mencapai 90.3 berbanding 92.8 pada Oktober.

Keyakinan industri untuk tiga bulan akan datang adalah 101.4, turun daripada 102.4 pada Oktober, dengan kebimbangan terhadap tempahan yang merosot, jualan, pengeluaran dan prestasi perniagaan yang lemah, demikian menurut satu tinjauan keyakinan industri dalam kalangan 1,023 pengeluar dalam 42 kumpulan industri pada November.

Sementara itu, walaupun pembubaran parlimen dan pilihan raya umum akan datang, Suthep Thuegsuban, pemimipin Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat berkata tunjuk perasaan anti-kerajaan akan diteruskan. Beliau berkata bantahan akan diteruskan di Bangkok dan satu perarakan bantahan besar-besaran terhadap kerajaan sementara akan diadakan pada 22 Disember.

Beliau bertegas mahu Perdana Menteri kerajaan sementara di bawah Perdana Menteri Yingluck Shinawatra meletak jawatan dan diganti dengan Majlis Rakyat. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan